gorgeousemptyofemptycaliph

Sunday, 3 May 2015

~PUASA ITU IBADAH~


بسم الله الرّحمن الرّحيم
Assalamualaikum w.b.t …

          Untuk entry kali ini kami ingin mempersembahkan sebuah video yang dilakonkan oleh ahli kumpulan gorgeous of caliph yang hebat-hebat semua ^^ dan terima kasih diucapkan kerana berjaya  menyiapkan video ini.  Memandangkan kita umat Islam hari ini berada pada bulan Rejab dan tidak lama lagi akan memasuki bulan yang mulia iaitu Ramadahan di mana semua umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Sebelumnya, sudahkan anda menunaikan hutang puasa anda yang belum dilunaskan??? Jika sudah Alhamdulillah J jika masih berbaki masih sempat untuk menggantikannya. J

         Kami bersepakat untuk memberi sedikit penghayatan dan kefahaman melalui video ini yang bertajuk “ Ragam di Bulan Ramadhan” J. Video ini mengisahkan antara amalan-amalan yang tidak patut dicontohi ketika berpuasa . Selamat menonton dan diharapkan anda memperoleh manfaat daripadanya.  Dan jangan lupa follow dan comment ya semua .
*Video ini tiada berkaitan dengan yang hidup dan yang mati.*




~SAMPAIKANLAH DAKWAHMU~

BARANGSIAPA MENDAHULUKAN ALLAH DARIPADA SEGALANYA MAKA ALLAH AKAN MENDAHULUKANNYA.

-Ibn Qayyim_


Saturday, 2 May 2015

~JANGAN MALU~


ما بقومي الملايويين مصاب بالحياء
مع العربية قلوبهم أموات غير أحياء
رجالهم كبكر تمشى على استحياء
ونسائهم فى بنر ليس لهن من ضياء
Apalah yang terkena kepada bangsaku dengan penyakit malu. Hati jadi mati bila hendak bercakap bahasa arab. Lelaki mereka tersipu-sipu seperti anak dara. Perempuan mereka pula seperti jatuh dalam telaga gelap gelita.

التكلم عندهم كمتفجرة تميت بأبرياء
فهم فرّوا منه فصاروا كمصاء وعمياء
وكذلك المتعلم من قبل كأنه من الأغياء
ومهما قد حفظ المتون وقصص الأنبياء
Mereka beranggapan bercakap bahasa arab seperti bom yang akan membunuh mereka dan orang awam lain. Lalu mereka lari dan bercakap bahasa arab sehingga jadilah mereka bisu dan buta. Termasuklah orang yang pernah belajar sebelumnya, Nampak seperti tidak tahu apa-apa juga. Sekaipun dia telah hafal kisah para nabi.

فيا قومي قوموا وتكلموا بها كأقوياء
بقوة إرادة القلب صرتم من الأذكياء
وأولا يكفى بكلمة أو كلمتين للإحياء
فتكلموا كأن فيكم من سمعة أو رياء
Maka wahai kaumku, bangun dan bercakaplah seperti orang yang kuat. Dengan kekuatan kemahuan hati kamu akan jadi cerdik. Pertamanya cukup dengan satu dua perkataan untuk menghidupkan bahasa arab. Bercakaplah seakan-akan pada kamu ada pemyakit iaitu sum’ah dan riyak.

~JOURNEY~

Life is like a journey on at train, with its stations, with changes of routes, and with accidents…!
We board this train when we are born and our parents are the ones who get our ticket.
We believe they will always travel on this train with us.
However, at some station our parents will get off the train, leaving us alone on this journey.
As some time goes by, other passengers will board the train, many of whom will be significant - our siblings, friends, children, and even the love of our life.
Many will get off during the journey and leave a permanent vacuum in our lives.
Many will go so unnoticed that we won’t even know when they vacated their seats and got off the train.
This train ride will be full of joy, sorrow, fantasy, expectations, hellos, good-byes, and farewells.
A good journey is helping, loving, having a good relationship with all co passengers and making sure that we give our best to make their journey comfortable.
The mystery of this fabulous journey is; we do not know at which station we ourselves are going to get off.
So, we must live in the best way- adjust, forget, forgive and offer the best of what we have.
It is important to do this because when the time comes for us to leave our seat, we should leave behind beautiful memories for those who will continue to travel on the train of life.
Thank you for being one of the important passengers on my train. I don’t know when my station will come, I don’t want to miss saying “thank you”.

Thank you all for being part of this journey.

Friday, 24 April 2015

~IBU & BAPA~

Assalamualaikum w.b.t..
          Post kami kali ini mungkin agak panjang, tapi insyaallah dapat memberi sedikit manfaat dan kesedaran kepada pembaca sekalian.. Beruntung kita jadi anak.. sebelum mak ayah kita kahwin mereka dah berangan dan berdoa untuk memiliki anak yang baik akhlaknya.. soleh dan solehah.. Beruntung kita jadi anak.. selepas kahwin mak ayah  masih juga tidak putus2 berdoa agar dikurniakan anak yang soleh solehah..

         Beruntung kita jadi anak.. semasa mak mengandung kita.. setiap masa mengusap perutnya.. ayah pula tekap kan telinga di perut mak.. "Anak ayah.. nanti dah lahir.. jadi anak yang baik ya.. yang dengar cakap ibu dan ayah.. yang patuh pada agama.. patuh pada Allah.. hormat kepada orang lain.."

         Beruntung kita jadi anak.. sepanjang 9 bulan dikandung.. doa untuk kita menjadi anak yang baik akhlaknya tak pernah putus.. tak kurang dari itu.. selepas lahir.. dari boleh merangkak, berjalan, berlari, bermain.. setiap kali kita tidur.. mak atau ayah datang usap kepala.. berdoa dalam sudut yang kecil dalam hati untuk kita menjadi yang baik akhlaknya.. sehingga kita tadika, sekolah rendah, sekolah menengah.. masuk u.. doa mak ayah tak pernah putus2..

        Sehingga kita buat keputusan nak kahwin jua..mak ayah lah yang paling gembira..penat lelah siapkan persiapan perkahwinan kita..berpanas menjemput rakan taulan..berpanas untuk tempah segalanya untuk menyempurnakan majlis raja sehari.. Agar kita tidak rasa malu dengan orang lain..senyuman sentiasa menghiasi meskipun badan lelah..pada masa wang tidak mencukupi untuk beli keperluan..tetap tidak putus untuk ikhtiar agar anaknya gah di majlis raja sehari..

     Beruntung kita jadi anak..dari dalam perut sehingga kahwin..semuanya mak ayah yang uruskan..adakala selepas kawin pun mak ayah uruskan..begitu dalamnya tulus kasih mereka.. Namun kita..masih pilih jalan yang buat mak ayah kita terluka..bukan mak ayah saja yang terluka.. Allah jua turut murka.. kita rampas hak mak ayah kita..ya mereka mungkin sudah menganjak usia.. namun perasaan mereka masih Allah beri untuk merasakan rasa.. adakala kita tinggikan suara kita..siapa kita??? lupakah kita siapa yang kandung kita dari dalam perut sehingga kaki gah menjejak bumi..

         Adanya pula.. sanggup biarkan mak ayah hidup merempat di kaki lima.. Allah.. Allah.. Sapa yang masih punya mak dan ayah.. Masih belum terlambat untuk memohon segala keampunan.. Bila2 masa Allah bisa ambil mereka kembali..bila2 masa Allah bisa ambil kita kembali.. Kembalikan hak yang telah kita rampas dari mak ayah kita..pohonlah keampunan..peluklah mereka..ciumlah tangan mereka..

     Jika dulu mereka tidak lekang dengan senyuman melayan karenah kita yang teramat menyakitkan hati..hiasilah senyuman di bibir kita setiap kali mereka ada di depan kita.. Berihsan lah kepada mereka.. Jadikanlah kehidupan kita sebagai insan yang diredhai ibubapa.. Selagi ibubapa tak redha dengan kita..Allah tidak akan redha dengan kita.

       Bagaimana dengan doa mak ayah kita yang inginkan kita menjadi anak yang baik akhlaknya?? mahu realisasikan atau dibiarkan sepi dengan memilih jalan yang penuh bisa neraka??? Masih belum terlambat untuk kita bertaubat.. Ayuh!! cuci hati yang penuh daki dosa dengan beristighfar..
Allah..Allah..

Saturday, 4 April 2015

~KAU DAN AKU~

        "Jadilah Mawar Berduri, kerana andai duri itu tumpul, tak mampu lagi untuk menikam mana-mana jari yang berani menyentuhinya."

        "Dalam hidup ni, ada 2E yang perlu kita sentiasa beringat. Encik Suami ada EGO. Si Isteri pulak ada EMOSI. Raikan fitrah itu tak salah, sebab perkahwinan itu bukan sebuah percaturan, ada kalah ada menang. Maka, mengalah lah kerana itu bukan beerti kita lemah. Tapi sebenarnya kita cuba untuk control 'E' yang ada dalam diri kita." 

         "Kita bukan budak kecik lagi sekarang, nak tutup minda, tak nak pikir 'benda alah ni'.. U Know What?? Allah akan jaga KEBERKATAN selepas kahwin sekiranya kita menjaga KEBERKATAN itu sebelum masanya. Dan kalau nak generasi selepas kita lahir dengan akhlak yang mulia, maka mulakan dengan diri kita dahulu."  

       "Beruntunglah seandainya kita menjadi role model terhadap anak-anak nanti, bukan artis korea dan sebagainya.. dan cita-cita itu akan selamanya menjadi angan-angan selagi mana kita tidak bangun berubah. UBAH apa yang patut diubah, kalau rasa kita jahat, ubah la jadi baik.. tak mampu jadi baik,  cukup lah dengan buat yang terbaik dalam hidup ini..."

Friday, 3 April 2015

~BILA RASA SUNYI~

        
           Rasa sunyi itu apabila hati kita `lupa` mengingati Allah. Hati yang mengingati Allah tidak akan kesunyian. Cari dan binalah hati itu pada solat, pada Al-quran, pada selawat, pada zikir, pada masjid, berbuat kebaikan sesama manusia, semua itu adalah penawar kesunyian, Insyallah..

           Adakalanya rasa sunyi itu juga `baik`untuk kita dan beruntunglah jika terasa sunyi kerana hati yang sunyi dengan izin Allah yang Maha Pengasih sangat mudah `mengecapi` cinta Ilahi..

           Sunyi itu sifatnya sementara, kembali kepada Allah, ubahlah mindset dan cekalkan hati supaya kita rasa bahagia, ceria dan tenang dari sebelumnya Insyaallah..