"Jadilah Mawar Berduri, kerana
andai duri itu tumpul, tak mampu lagi untuk menikam mana-mana jari yang berani
menyentuhinya."
"Dalam hidup ni, ada 2E yang perlu
kita sentiasa beringat. Encik Suami ada EGO. Si Isteri pulak ada EMOSI. Raikan
fitrah itu tak salah, sebab perkahwinan itu bukan sebuah percaturan, ada kalah
ada menang. Maka, mengalah lah kerana itu bukan beerti kita lemah. Tapi
sebenarnya kita cuba untuk control 'E' yang ada dalam diri kita."
"Kita bukan budak kecik lagi
sekarang, nak tutup minda, tak nak pikir 'benda alah ni'.. U Know What?? Allah
akan jaga KEBERKATAN selepas kahwin sekiranya kita menjaga KEBERKATAN itu
sebelum masanya. Dan kalau nak generasi selepas kita lahir dengan akhlak yang
mulia, maka mulakan dengan diri kita dahulu."
"Beruntunglah seandainya kita
menjadi role model terhadap anak-anak nanti, bukan artis korea dan sebagainya..
dan cita-cita itu akan selamanya menjadi angan-angan selagi mana kita tidak
bangun berubah. UBAH apa yang patut diubah, kalau rasa kita jahat, ubah la jadi
baik.. tak mampu jadi baik, cukup lah
dengan buat yang terbaik dalam hidup ini..."
No comments:
Post a Comment